Inspire your life

My View at my own blog :-)
Filed under Melayu Boleh

Alhamdulilah, sedikit masa lagi, pertandingan cabaran Melayu Boleh akan berakhir. Walaupun saya tidak bertanding dalam pertandingan SEO ini yang dianjurkan oleh saya dan group dari forum jombincang, tapi saya juga mengambil peluang ini kerana mahu mencuba beberapa teknik seo agar ia dapat memberi pelajaran baru kepada saya. Saya mengunakan blog free dari friendster untuk mengoptimasikan kata kunci Melayu Boleh Dalam membuat experiment mengenai teknik seo ini, saya tidak memberi penekanan kepada faktor on page optimization kerana tujuan utama kajian saya adalah untuk melihat bagaimana faktor off page sahaja boleh menentukan kedudukan sesuatu blog.

Sepanjang tempoh 2 bulan permerhatian saya, blog yang saya gunakan iaitu blog melayu boleh friendster ini agak stable kerana awal-awal lagi blog tersebut sudah pun berada di senarai top 20 dengan kata kunci yang disasarkan. Kedudukan blog tersebut meningkat ke page 1 dan berada di kelompok top 10. Untuk memastikan kajian ini dibuat secara fokus, beberapa teknik off page telah dijalankan terhadap blog tersebut agar. Proses ini amat penting kerana tanpa off page proses,agak sukar untuk blog ini berada di kelompok top 20.

Tujuan utama pertandingan ini dijalankan adalah bertujuan untuk membersih kan kata kunci melayu boleh daripada terus digunakan oleh site-site yang memaparkan bahan-bahan yang berunsur lucah. Sememangnya adalah amat memalukan apabila ada segelintir bangsa melayu sendiri yang sanggup mencemarkan nama baik bangsa sendiri dengan memanipulasikan kata kunci tersebut untuk kandungan yang bersifat lucah.

Jangan marah dengan bangsa lain sekiranya bangsa kita dihina kerana ada orang yang lebih jahat dengan memalukan bangsa diri sendiri untuk kepentingan peribadi. Walau apa jua alasan sebab dan musabab yang diberikan, ia tidak bermakna bloggers boleh melakukan sesuka hati mereka untuk memaparkan kandungan tersebut.

Tidak terfikir kan pemilik halaman lucah tentang dosa yang akan ditanggung oleh mereka dengan membuka aib bangsa sendiri kepada orang lain? Dimanakah sifat malu dan bertanggungjawab mereka? Amat kesal sekiranya ada blogger yang menjadikan isu seperti menambah pendapatan sebagai alasan kerana ada cara lain yang lebih pekerti sifatnya untuk mencari kekayaan dan menambah pendapatan.

Justeru, harapan saya agar bertandingan ini nanti akan memberi pandangan yang baru terhadap keyword atau kata kunci yang telah digunakan kerana akan ada halaman atau website lucah yang akan tersingkir dari kedudukan top 10. Kepada mereka yang mempunyai site yang berada di top 10 dengan kata kunci tersebut, selamat berjaya kepada anda.

To date, kedudukan pemenang yang paling hampir adalah dari saudara kmzack. Walaubagaimanapun, masih ada 2 hari lagi sebelum pemenang diistiharkan.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • BlinkList
  • Blue Dot
  • co.mments
  • Furl
  • PopCurrent
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • Taggly
  • Technorati
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
Posted by admin on Saturday, June 13th, 2009


You can follow any responses to this entry through the magic of "RSS 2.0" and leave a trackback from your own site.

Post A Comment